fbpx

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 3.2kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN menunjukkan dadah disyaki jenis syabu yang dirampas Maritim Malaysia dalam Op Benteng Laut pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor, Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup dadah disyaki syabu seberat 3.2 kilogram (kg) bernilai RM160,000 dalam Op Benteng di perairan Tanjung Piai, Pontian dekat sini Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Johor, Laksamana Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun ditahan ketika menyamar sebagai nelayan di kedudukan 3.8 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

“Semasa bot peronda Maritim Malaysia melakukan rondaan Op Benteng Laut di perairan Tanjung Piai, pihak kita menjumpai sebuah bot yang dikendalikan oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dengan melakukan aktiviti menjaring ikan.

“Selepas menyedari kehadiran pihak kita, tekong bot membuang beberapa tong plastik dari bot fiber sebelum pemeriksaan menemui sebuah tong berisi 3.2kg bernilai RM160,000 dadah disyaki jenis syabu disorok di bawah tempat duduk tekong,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor di sini hari ini.

Aminuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sebagai penghantar (transporter) barang terlarang itu kepada sindiket dadah dan dipercayai dadah tersebut hendak diseludup ke Indonesia.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI