Gambar yang dimuat naik oleh Akmal Haris di laman Facebook.

Ramai baru tahu Sukma ialah cetusan idea PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rupanya masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Sukan Malaysia (Sukma) yang sudah dianjurkan sejak empat dekad lalu merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fakta berkenaan mencuri perhatian selepas dikongsikan pengguna Facebook, Akmal Haris yang mengakui dia sendiri baru mengetahuinya ketika mengikuti penganjuran Sukma kali ini.

“Sukma kali ini baru tahu rupanya ia adalah cetusan idea YAB PM DS Anwar Ibrahim semasa jadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

“Setiap kementerian yang beliau pegang banyak juga merasa sentuhan beliau,” katanya.

Akmal turut memuat naik gambar sebuah papan informasi sejarah Sukma yang memaklumkan idea temasya sukan berkenaan dicetuskan Anwar pada 1983.

Ketika itu, Anwar memegang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Sukma diilhamkan sebagai kejohanan ‘Mini Olimpik’ pada peringkat kebangsaan.

Sukma kemudiannya pertama kali dianjurkan pada 1986 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sebelum berkembang menjadi antara temasya sukan terbesar negara.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna turut memuji idea berkenaan yang sehingga kini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat atlet negara.

“Jadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, tubuhkan Sukma. Betullah orang yang hebat dicampak ke mana pun akan mendatangkan manfaat kepada semua orang,” kata pengguna Syafik Fik.

Seorang lagi pengguna, Sheikh Abdul Munir berkata, idea mewujudkan Sukma merupakan antara sumbangan Anwar yang terus memberi manfaat kepada pembangunan sukan negara.

“Inilah PM kita yang sentiasa bergerak ke hadapan untuk rakyat dan negara. Tahniah PMX atas mencetuskan Sukma,” katanya.

Sukma merupakan temasya sukan dwitahunan yang menghimpunkan atlet dari seluruh negara dengan penganjurannya dipertanggungjawabkan kepada negeri secara bergilir-gilir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN