MALAM ini penyanyi-penyanyi handalan seperti Aisha Retno, Aina Abdul, Hazama, Amir Masdi dan Marsha Milan akan beraksi merebut trofi AJL40 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Siaran langsung boleh disaksikan menerusi TV3.

Siapa penjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARI ini, pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 bakal menyaksikan 10 lagu ciptaan komposer tanah air bersaing merebut trofi yang diidam ramai penggiat seni.

Edisi kali ini masih tetap dimonopoli lagu genre balada dan pop sementara hanya satu sahaja karya irama Malaysia yang bertanding.

Macam biasa, peminat setiap penyanyi pasti meletakkan harapan tinggi dan meramalkan lagu pilihan mereka menjadi juara.

Antara yang paling banyak disebut-sebut Tiwikarma oleh kumpulan rap KOI, Kamu (Aina Abdul) dan Nurcinta (Amir Masdi).

Tidak dinafikan, tiga lagu ini memang sangat kuat dan boleh berada di kedudukan teratas tetapi jangan sesekali menafikan kehebatan karya lain pula.Lemah dendangan Dayang Nurfaizah, Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik), Tak Adil (Aisha Retno), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama) juga layak diangkat menjadi juara.

Ada juga yang mahu Cak Cak Cekuk menang kerana menjadi satu-satunya karya pejuang irama Malaysia.
Apa pun semuanya terpulang kepada keputusan juri profesional. Hanya mereka yang tahu karya mana layak dijulang sebagai AJL 40.

DIVA: Harap tahun ini tiada lagi isu pemakaian tidak ikut jantina. Penatlah isu yang tidak-tidak diperkatakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN