fbpx

Lelaki tunjuk kemaluan dalam LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suspek sedang melakukan aksi onani di hadapan mangsa ketika berada dalam kren LRT, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai warga tempatan bertindak tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di hadapan seorang wanita ketika berada dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT), baru-baru ini.

Perbuatan lelaki itu menyebabkan seorang wanita yang berada di hadapannya itu berdepan detik cemas, namun mangsa bertindak bijak apabila merakam aksi individu berkenaan.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat yang dimuat naik melalui media sosial Twitter atas akaun ‘Fishy’ tular Selasa lalu dan ia mendapat kecaman daripada orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 19 tahun telah membuat laporan polis.

“Menurut mangsa kejadian berlaku pada Ahad lalu sekitar pukul 8.30 malam ketika dia menaiki LRT dari Stesen Alam Megah menuju ke Stesen Taman Melawati.

“Semasa melalui Stesen USJ 21, Subang Jaya, telah datang suspek lalu duduk di kerusi berhadapan dengannya sebelum melakukan aksi yang tidak senonoh itu,” ujarnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Jelasnya, mangsa kemudiannya bertindak merakam sebahagian daripada perbuatan suspek itu yang disyaki warga tempatan.

“Sehingga kini, identiti suspek masih belum dapat dikenal pasti, namun begitu polis sedang giat mengesan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang bertujuan untuk mengaibkan kehormatan seseorang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI