fbpx
Perairan Johor Timur dari Tambak Johor sehingga ke Endau, Mersing antara laluan tikus yang sering digunakan sindiket.

Transit PATI atas kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Keghairahan warga asing dari Indonesia untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi seolah-olah menjadi ‘durian runtuh’ kepada sindiket penyeludupan migran untuk mengaut keuntungan lumayan.

Modus operandi yang dilakukan oleh sindiket ini adalah de­ngan memberikan perkhidmatan keluar masuk ke negara ini secara haram dengan bayaran yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Lebih membimbangkan, sin­diket ini turut bijak mencari ‘lorong-lorong tikus’ untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.

Warga asing dari Indonesia untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi seolah-olah menjadi ‘durian runtuh’ kepada sindiket penyeludupan migran untuk mengaut keuntungan lumayan.

Modus operandi yang dilakukan oleh sindiket ini adalah de­ngan memberikan perkhidmatan keluar masuk ke negara ini secara haram dengan bayaran yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Lebih membimbangkan, sin­diket ini turut bijak mencari ‘lorong-lorong tikus’ untuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia.

Sindiket sering menjadikan kapal-kapal dagang yang bersauh di perairan Johor sebagai tempat transit PATI sebelum diseludup masuk atau keluar dari Malaysia.
– RAJA JAAFAR ALI

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Ma­ritim Nurul Hizam Zakaria berkata, terdapat kira-kira 23 lokasi panas atau hotspot yang dijadikan sindiket penyelupan migran sebagai transit sementara.

Katanya, kawasan hotspot di Johor terbahagi kepada dua iaitu Johor Barat dan Johor Timur.

Jelasnya, lorong tikus yang sering digunakan sindiket di kawasan Johor Barat melibatkan daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Di kawasan Johor Timur pula melibatkan enam lokasi iaitu di Pengerang, lima di Kota Tinggi dan satu di Mersing,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Nurul Hizam berkata, kawasan hotpsot yang dijadikan transit biasanya terletak di hutan paya bakau, ladang kelapa sawit serta belukar yang berhampiran kawasan pantai.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan, antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah bersekongkol dengan pemilik kapal dagang untuk menjadikan kapal berkenaan sebagai transit sementara PATI.

Katanya, isu kapal dagang bersauh secara haram di perairan Johor turut meningkatkan lagi permintaan bagi bot pancung yang membekalkan makanan dan khidmat pengangkutan.

Katanya, memang wujud sin­diket yang menyediakan per­khidmatan teksi air atau bot pancung khususnya di Johor Timur kerana lokasinya lebih dekat dengan negara jiran.

Jelasnya, sindiket ini mempunyai jaringan tersendiri dalam kalangan kapal-kapal dagang dan menggunakan kesempatan itu untuk menyeludup PATI, dadah serta kontraban iaitu barang yang dilarang untuk dieksport dan diimport.

Nurul HIZAM (kiri) menunjukkan antara bot fiber yang disyaki digunakan oleh sindiket penyeludupan.

“Sindiket ini memang licik, mereka gunakan kapal-kapal ini untuk berlindung daripada dikesan radar pihak berkuasa.

“Caranya ialah mereka akan bergerak keluar atau masuk de­ngan membawa bot secara perlahan dengan kelajuan di bawah 10 knot seperti yang digunakan bot-bot nelayan bagi tujuan mengelirukan penguat kuasa.

“Sindiket ini kemudian akan mendekati kapal-kapal besar untuk transit sementara bagi mengelakkan dikesan, apabila line clear mereka akan seludup masuk atau keluar dengan kadar segera,” katanya.

Jelasnya, tekong laut juga akan mendaratkan penumpang mereka di kawasan pantai de­ngan kaedah terjun ke laut dan berenang ke pesisir pantai.

Tambah beliau, tekong darat pula akan mengambil alih kerja-kerja membawa PATI ini menggunakan pengangkutan yang disediakan ke lokasi transit sebelum dibawa ke lokasi sebenar.

“Sebab itu ada kes melibatkan PATI mati lemas dengan jumlah yang besar. Kalau mereka mendaratkan penumpang di kawasan cetek selamatlah, tetapi kalau di pantai yang dalam, ia memberi risiko kematian,” katanya.

Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam

Nurul Hizam turut mendedahkan, sindiket akan mengenakan caj antara RM1,500 hingga RM2,500 ke atas PATI melibatkan kos-kos pengangkutan di darat dan laut, tempat tinggal sementara serta makan.

Katanya, selain transit di kapal-kapal, sindiket juga menggunakan MO mendirikan atau melakukan kawasan pendaratan sementara di dalam hutan atau belukar di kawasan pesisir pantai.

Berkongsi maklumat, beliau memberitahu, statistik tangkapan pada tahun 2019 mencatatkan 195 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan PATI, perikanan, kastam dan kapal dagang.

Jelasnya, trend menunjukkan peningkatan pada tahun lalu apabila sebanyak 217 tangkapan dilakukan melibatkan seluruh negeri Johor.

“Tahun ini kita belum dapat lagi data terkini, namun trend menunjukkan penurunan dise­babkan kerajaan melaksanakan Ops Benteng bagi mencegah kemasukan PATI dan sebagainya ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Sekarang sudah nak puasa dan raya, mereka (PATI) akan cuba masuk atau keluar negara menggunakan khidmat sindiket ini. Kita akan laksanakan operasi pada tahap maksimum dengan kerjasama agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut dan lain-lain,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN