fbpx
Mohd. Khalid.

Penambahbaikan laluan kerjaya PDRM beri impak positif – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menantikan perincian kaedah baharu proses kenaikan pangkat pegawai dan anggotanya yang akan diumumkan sempena Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Merdeka pada 30 Ogos ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, penambahbaikan terhadap laluan dan kemajuan kerjaya warga PDRM dapat memberikan impak positif terhadap motivasi, moral serta profesionalisme pegawai dan anggota dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Bagi pihak seluruh warga PDRM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri serta seluruh kepimpinan Kerajaan Malaysia atas perhatian dan keprihatinan yang diberikan terhadap pembangunan serta kemajuan kerjaya warga pasukan keselamatan negara.

“Perkembangan ini tentunya amat dinantikan oleh seluruh warga PDRM dan mencerminkan perhatian kerajaan terhadap mereka yang memikul amanah serta tanggungjawab dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, PDRM menantikan perincian kaedah baharu tersebut yang akan diumumkan dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaannya kelak.

Katanya, komitmen tersebut menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga PDRM untuk terus memperkukuh integriti, meningkatkan profesionalisme serta memberikan perkhidmatan kepolisian terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Perdana Menteri bakal mengumumkan ‘hadiah merdeka’ buat warga PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia berhubung proses kenaikan pangkat pegawai. 

Anwar dilaporkan berkata, perkara itu telah dipersetujui pada prinsipnya selepas beliau meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz meneliti isu proses kenaikan pangkat yang dibangkitkan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN