fbpx
Norazman (kanan) menunjukkan antara kenderaan terbiar di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Sedekad derita akibat 120 ‘kereta sakit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Lebih 120 kenderaan terbiar atau ‘sakit’ di Pangsapuri Seri Perantau di sini, terus membelenggu penduduk yang berdepan masalah kekurangan parkir sejak sedekad lalu.

Selain menyekat ruang meletak kenderaan, kenderaan yang tidak bergerak itu turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk selain berpotensi menjadi sarang haiwan berbisa seperti ular dan tikus.

Penduduk, Norazman Abd. Wahab, 53, berkata, pangsapuri berkenaan dihuni kira-kira 9,000 penduduk membabitkan 12 blok, namun kemudahan parkir yang disediakan hanya sekitar 480 petak.

Katanya, keadaan menjadi semakin kritikal apabila jumlah kenderaan tersadai terus meningkat termasuk milik pihak luar yang tidak lagi menetap di kawasan berkenaan.

“Kebanyakan kenderaan rosak itu peninggalan ahli keluarga penduduk yang telah meninggal dunia namun enggan menjual atau melupuskannya.

“Akibatnya, ruang parkir semakin terhad selain kawasan berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan haiwan perosak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN