fbpx
Izham ketika menjawab soalan di DUN Selangor, Shah Alam. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

DUN Selangor: Rumah pam jadi sasaran pencuri, tebatan banjir terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sistem tebatan banjir Selangor berdepan ancaman apabila kes kecurian dan vandalisme pam makin meningkat sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM400,000.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, antara komponen yang sering menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab ialah kabel tembaga serta beberapa peralatan lain.

“Saya telah menerima aduan peningkatan kes vandalism dan kecurian komponen ini daripada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, kes kecurian dan vandalisme meningkat mendadak pada tahun lalu,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jefri Mejan (PN-Ijok) mengenai usaha kerajaan negeri membendung kerosakan dan kecurian di rumah pam dalam mengurangkan insiden banjir di Selangor.

Izham (paling kanan) semasa melawat salah sebuah rumah pam di Selangor.

Mengulas lanjut, Izham berkata, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor bagi memperhebat rondaan dan penguatkuasaan di lokasi rumah pam yang dikenal pasti berisiko.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi berkaitan mempertingkatkan kawalan keselamatan, termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menambah baik ciri keselamatan di rumah pam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN