fbpx
Tangkap layar video dikongsikan @Hæges di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak melambai sambil tersenyum dari dalam sebuah kereta yang uzur.

[VIDEO] ‘Siapa kenal keluarga ni, saya nak bantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak melambai dari dalam kereta yang agak uzur dengan cermin belakang pecah meraih pelbagai reaksi orang ramai.

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, kanak-kanak berkenaan yang berada di tempat duduk belakang kereta itu dilihat masih mampu tersenyum.

Situasi berkenaan dikongsikan oleh @Hæges dengan kapsyen ‘Lebih daripada mencukupi’ di media sosial, sekali gus menarik perhatian beberapa individu yang menyatakan hasrat ingin membantu.

“Saya ada kereta Perdana tak digunakan, kalau nak bagi macam mana,” soal @BerryFarhana.

“Ada yang tahu macam mana nak hubungi abang ni,” komen @Foodlahh.

Selain itu, ada pengguna yang menyifatkan video tersebut sebagai peringatan untuk sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang dimiliki.

“Sedar tak sedar, budak tu lebih bahagia daripada budak lain,” ujar @Al-Helmi.

“Aku ingatkan aku yang tak cukup, rupanya aku yang kurang bersyukur,” kata @Nunnn. – KOSMO! ONLINE

@hedgesqi More than enough #motivation ♬ Richter: On the Nature of Daylight – Orchestral Version – Max Richter Orchestra & Lorenz Dangel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN