fbpx
Mohd. Khalid.

PDRM hantar pegawai ambil keterangan Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, polis akan menghantar pegawai bagi mengambil keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan didakwa menyentuh isu kaum pada ceramah politik di Jempol, baru- baru ini.

Menurut beliau, kes berkaitan Muhammad Sanusi itu masih dalam siasatan lanjut.

“Kami cuba mendapatkan kenyataan menteri besar itu sendiri. Jadi beliau ada di Kedah.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi kerana perkara ini memerlukan siasatan lanjut serta bukti daripada pihak-pihak berkaitan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya pada sidang media sejurus meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN