fbpx
Sebahagian peserta RXZ Members 8.0 sedang menunggu giliran mengisi petrol di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat Paka, Dungun hari ini.

Peserta RXZ Members 8.0 mula ‘banjiri’ Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Puluhan ribu peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara mula membanjiri Terengganu sejak awal pagi tadi, sempena penganjuran RXZ Members 8.0.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kumpulan demi kumpulan penunggang RXZ mula memasuki negeri ini menerusi susur keluar Plaza Tol Ajil dan Telemong, Hulu Terengganu serta Gemuroh, di sini sebelum meneruskan perjalanan menuju ke tapak program di Litar Permotoran Terengganu, di sini.

Beberapa laluan utama di daerah ini dan Kuala Terengganu termasuk Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu juga mula dipenuhi dengan deretan motosikal Yahama RXZ.

Pengarah program, Mohd. Lukhman Hassan berharap semua peserta RXZ Member memberi keutamaan terhadap keselamatan sepanjang perjalanan dan tidak terlalu mengejar masa untuk tiba di lokasi program.

“Pesanan saya kepada semua peserta, biarlah kita santai dalam perjalanan, asalkan selamat sampai ke destinasi dan jaga imej komuniti RXZ,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN