fbpx
Mohd. Khairi (tengah) pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Bukan dibuli, pelajar mahu terjun bangunan menderita skizofrenia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menafikan buli sebagai punca seorang pelajar perempuan bertindak agresif mengancam mahu terjun bangunan sekolah semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, sebaliknya, remaja perempuan berusia 14 tahun itu sebenarnya telah didiagnos mengalami gangguan kesihatan mental serius iaitu skizofrenia sejak kira-kira dua bulan lalu.

“Mangsa sebenarnya telah menerima rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 14 Julai lalu dia sepatutnya dijadual menjalani rawatan susulan pada 15 September depan. Sebelum ini, pelajar sama juga telah dirujuk 11 kali dalam sesi kaunseling termasuk lima kali melibatkan ibu bapanya oleh pengurusan sekolah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.

Kosmo! Online semalam melaporkan tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu berjaya menyelamatkan pelajar terbabit daripada terjun dari tingkat dua bangunan sekolah menengah agama berkenaan.

Mohd. Khairi berkata, pelajar berkenaan akan ditempatkan di dalam kelas yang berada di aras bawah bangunan sebagai langkah keselamatan selain sentiasa ditemani rakan-rakan bagi mengawal pergerakannya sepanjang sesi persekolahan harian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN