fbpx
Pelarian Rohingya yang ditempatkan di IPK Kuala Lumpur, Isnin lalu.

113 pelarian dibenar bergerak ke KL, Selangor dan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin lalu telah dibenarkan bergerak ke tiga negeri selepas selesai proses dokumentasi dijalankan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, proses dokumentasi ke atas semua pelarian itu dilaksanakan di Dataran Wira, IPK Kuala Lumpur bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang semalam dan selepas proses pengecaman semula dokumen selesai, kesemua pelarian dilepaskan secara berperingkat.

“Seramai 109 pelarian Rohingya bersama seorang wanita warga Indonesia yang juga isteri kepada ketua komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan ke destinasi yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Pergerakan mereka melibatkan tiga destinasi iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, dengan kebanyakan mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemilihan lokasi penempatan dibuat berdasarkan keberadaan kenalan serta ahli keluarga pelarian di negeri-negeri berkenaan.

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 29 orang di Selangor dan 18 orang di Pulau Pinang,” ujarnya.

Sementara itu, Fadil berkata, sepanjang proses dokumentasi berlangsung, seramai tujuh wakil Malaysian Relief Agency turut hadir menyalurkan bantuan makanan tengah hari serta menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap kumpulan pelarian terbabit.

Terdahulu, kesemua 113 pelarian itu dipindahkan ke IPK Kuala Lumpur selepas berkumpul di hadapan pejabat UNHCR

Hasil semakan pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan kesemua mereka memiliki dokumen UNHCR yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN