fbpx
Zaimizan bersama anaknya, Allahyarham Mohammad Arif Daniel.

‘Tak sangka rupanya anak saya terkorban’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Seorang ibu tidak menyangka kemalangan yang dilihat ketika menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan di daerah ini rupa-rupanya melibatkan anak kandungnya, Muhammad Arif Da­niel Mohd. Norsha’ari, 20.

Zaimizan Silong, 51, berkata, ketika kejadian pukul 5.20 pagi itu, dia melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) remuk di Kilometer 95, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini dan terdetik ia menyerupai kenderaan milik rakan anaknya, namun segera menolak sangkaan tersebut.

“Saya nampak jasad mangsa ditutup. Saya perasan kenderaan itu sama seperti kenderaan kawan anak. Saya langsung tidak menyangka anak saya terlibat dalam nahas ini,” katanya sebak.

Cerita wanita itu, selesai menghantar makanan, dia menerima panggilan memaklumkan Muhammad Arif Daniel yang merupakan penumpang Perodua Alza terkorban dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di lokasi sama.

Jenazah Allahyarham Muhammad Arif Daniel dituntut ahli keluarga selepas selesai proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Jengka semalam.

Kali terakhir Zaimizan bertemu anak kedua daripada lima beradik itu pada malam sebelum kejadian selepas Muhammad Arif Daniel memaklumkan menerusi WhatsApp bahawa dia keluar bersama seorang rakan.

Sebelum keluar, pemuda itu sempat berpesan supaya mengejutkannya pada awal pagi kerana perlu hadir bekerja sebagai pekerja kontrak di Chenor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua wanita dirempuh MPV Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Perodua Alza dari arah bertentangan bertembung dengan Perodua Myvi, manakala kereta Perodua Kancil dari arah Temerloh pula melanggar bahagian kiri Perodua Alza yang berhenti selepas terlibat dalam kemala­ngan,” katanya.

Dua lagi mangsa yang terkorban adalah pemandu dan penumpang Pe­rodua Myvi iaitu Masitah Mohd. Soad, 59, dan rakannya, Salbiah Mohamad Sah, 76.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN