fbpx
TANGKAP layar video pandangan dari udara kebakaran empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur di Kulim, hari ini. - Foto FB PBS LUNAS

Dua jam kawal kebakaran empat kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.57 pagi sebelum pasukan bergegas ke lokasi.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya daripada terus merebak pada pukul 9.20 pagi meskipun anggota berdepan beberapa cabaran sepanjang operasi.

“Kelewatan sedikit untuk tiba ke lokasi disebabkan keadaan aliran trafik pada waktu puncak, namun anggota berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kira-kira dua jam enam minit,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu melibatkan empat balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi-Tech, BBP Kuala Ketil serta sebuah lagi BBP Sungai Petani, selain dibantu 16 Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Seramai 114 anggota terlibat dalam operasi ini bagi memastikan api tidak terus merebak ke premis lain,” ujarnya.

Tambah beliau, dua daripada empat kilang yang terbakar mengalami kemusnahan kira-kira 90 peratus, manakala dua lagi dianggarkan musnah sekitar 60 peratus. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN