fbpx
Tangkap layar seorang penunggang motosikal yang melanggar sebuah kereta dari belakang menerusi rakaman dashcam.

[VIDEO] ‘Tak minta ganti rugi pun, cuma beradab lah sikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab seorang penunggang motosikal yang melanggar sebuah kereta sebelum melarikan diri tanpa memohon maaf mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @bellllll__ yang meluahkan rasa kecewa apabila keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal ketika keadaan jalan raya sedang sesak.

Menurutnya, dia tidak berhasrat untuk menuntut ganti rugi, sebaliknya hanya mahukan adab dan permohonan maaf daripada penunggang motosikal tersebut.

“Dah langgar kereta saya, lepas tu terus pergi macam tu je tanpa cakap minta maaf. Saya siap buka tingkap nak sembang tepi, tapi dia terus pergi macam tak buat salah apa-apa.

“Tak minta ganti rugi pun, cuma beradablah sikit. Jangan biadab sangat,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Katanya lagi, pada awalnya dia menyangka individu itu seorang lelaki, namun setelah beberapa kali melihat rakaman kamera papan pemuka (dashcam), penunggang berkenaan ialah merupakan seorang wanita.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut kerana tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri.

“Kebanyakan rider (penghantar) memang macam ni. Kita buat dia tak boleh tapi dia buat kita boleh,” ujar @_.mn.ns.

“Sebenarnya bawa motor atau kereta sama sahaja, yang penting adab di jalan raya. Kalau dah salah, bertindak jujur dan minta maaf,” kata @jeremiahpeter6. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN