fbpx

Dongeng jadi nyata, BASS kongsi foto ‘pre wedding’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bau nasi minyak semakin kuat, perkongsian pasangan sensasi,  Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman yang memuatnaik  foto dan video rakaman dipercayai pre wedding atau praperkahwinan dalam laman sosial mengundang perhatian netizen.

Mengadakan sesi fotografi di London,  Bella dan Syed Saddiq menyertakan kapsyen ‘love story from KL to London’ (kisah cinta dari Kuala Lumpur ke London) difahamkan rakaman tersebut juga satu kolaborasi bersama sebuah jenama butik pakaian terkenal.

“Every girl deserves her fairytales moment (setiap gadis berhak menikmati detik indah umpama kisah dongeng).

“Okay, i’m officially obsessed with the ‘Fleurie’. It’s so flowy, so pretty and honestly giving main princess energy. (Saya benar-benar terpikat dengan ‘Fleurie’ ini. Sangat beralun, cantik, dan sejujurnya menyerlahkan aura seorang puteri),” tulisnya.

Hantaran manis pasangan terbabit meraih maklum balas pengikut mereka yang rata-rata mengakui kisah cinta personaliti popular digelar BASS itu sememangnya sebuah fantasi yang menjadi realiti.

“Satu-satunya cerita dongeng yang saya percaya sebab akhirnya menjadi kenyataan. Tahniah untuk cerita kegemaran saya,” kata seorang pemilik akaun Threads.

Rancak membuat persediaan hari bersejarah sebaik sahaja kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu selesai, pasangan itu juga mendapat lampu hijau keluarga kedua-dua pihak untuk melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.

Biarpun tarikh perkahwinan masih dirahsiakan, pelbagai telahan muncul termasuk kononnya Bella dan Syed Saddiq yang mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu bakal disatukan pada Oktober ini.

Begitupun, masing-masing masih menyimpan kemas butiran majlis walhal kad jemputan sudah diedarkan kepada para tetamu,  termasuk buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN