PETALING JAYA – Malaysia menjadi perhatian dunia sepanjang bulan ini susulan beberapa perkembangan yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi satu hantaran oleh pengguna @darwizzee di Threads, tindakan menghalau pihak berkaitan Israel serta sekolah rangkaiannya dari Forest City, Johor sehingga menjadi tajuk utama media antarabangsa antara perkara yang mendapat perhatian.
“Selepas itu pula muncul berita paling mengejutkan iaitu Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain. Perkara ini memang di luar jangkaan dan benar-benar mengejutkan,” katanya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
“Ada yang berkata, ‘Grand Prix Bahrain di Sepang, Malaysia ialah sesuatu yang tidak pernah diminta sesiapa, tetapi sebenarnya diperlukan.’ Malaysia memang luar biasa pada tahun 2026!”,” tulis amirahmatkarim.
“Mereka yang kata kita terlepas pelabur memang tidak percaya kepada konsep rezeki. Inilah penjelasan sebenar tentang rezeki jika ada yang masih tertanya-tanya,” kata erinmustafa.
“Itulah yang saya fikirkan juga… Malaysia mendunia,” komen mas_smize. – KOSMO! ONLINE














