PARIS – Liverpool dilaporkan menjadi destinasi pilihan buat pemain sayap Perancis, Bradley Barcola selepas ambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama Paris Saint-Germain.
Menurut sumber, The Reds juga dikatakan sudah pun membuat tawaran berjumlah €105 juta (RM 573.03 juta) dengan total pakej dianggarkan bernilai €120 juta (RM558.9 juta) kepada PSG untuk mendapatkan pemain itu.
Nilai yang ditawarkan itu menunjukkan kesungguhan The Reds untuk mendapatkan bintang muda Les Bleus berkenaan bagi memainkan peranan besar iaitu mengisi tempat ditinggalkan oleh Mohamed Salah.
Walaupun Arsenal dikatakan turut mencabar, Barcola lebih berminat untuk berpindah ke Anfield dan Liverpool juga merasakan tiada sebarang masalah untuk memenuhi tuntutan peribadi sekiranya PSG bersetuju dengan nilai yang ditawarkan.
“Saya tidak boleh bercakap tentang pemain pasukan lain. Adalah jelas kami perlukan pemain, namun tidak bermakna bagi menggantikan Mo Salah, sebaliknya pasukan memang perlukan lebih ramai pemain sayap.
“Ada situasi di mana pemain terbaik kami mengalami kecederaan, jadi kami perlu membuat keputusan walaupun agak sukar,” kata pengurus Liverpool, Andoni Iraola.
Barcola merekodkan 39 gol dan 37 bantuan jaringan dalam 152 penampilan bersama PSG di semua pertandingan. – AGENSI














