fbpx
Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Suhaimi Aini dibantu tiga ADUN dari Melaka serta Ketua Pemuda Pas sempena Program Ngoca Sawah di Kampung Semerbok, di sini, semalam. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PRN N. Sembilan: BN Kota tekad sambung agenda tertangguh demi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, Suhaimi Aini bertekad meneruskan pelbagai agenda pembangunan yang tertangguh selepas tempoh pentadbiran sebelum ini hanya berlangsung selama dua tahun lapan bulan.

Menurut beliau, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai seluruh masyarakat di DUN Kota.

“Tempoh mandat yang lalu hanya dua tahun lapan bulan. Banyak lagi perkara yang belum selesai dan saya akan teruskan agenda yang tergendala itu demi kepentingan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita, sempena Program Ngoca Sawah di Kampung Semerbok, di sini, semalam.

Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; ADUN Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Dalam pada itu, Suhaimi berkat, semangat BN sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dengan mengamalkan kepimpinan yang dekat dengan masyarakat.

“Jiwa Barisan Nasional ialah sentiasa bersama masyarakat, hadir mendengar, memahami dan berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rakyat. Inilah kepimpinan yang didambakan masyarakat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Suhaimi berkata, sambutan luar biasa penduduk terhadap Program Ngoca Sawah membuktikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan berkenaan terus kukuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN