fbpx
Pendaki sesat berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat. FOTO JBPM

Lima pendaki sesat di Bukit Saga ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Lima individu yang dilaporkan tersesat ketika mendaki Bukit Saga di sini petang tadi ditemui dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.15 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat pengadu, mangsa terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia 34 hingga 46 tahun.

“Kesemua mangsa dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota bomba kemudian pergi ke lokasi yang diberikan mangsa dan mereka ditemui dalam keadaan selamat pada pukul 3.55 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelima-lima mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN