fbpx
Nor Azera hiba menceritakan detik-detik insiden menimpa anak autisme di pekarangan Rumah Mayat HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Jatuh tingkat 13: Ibu ikat tangan guna reben elak anak hampiri tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Naluri seorang ibu yang bimbang keselamatan anaknya selepas mendaftar masuk inap desa di sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, di sini semalam menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu maut selepas terjatuh dari tingkat 13.

Kejadian pilu yang mengorbankan Nur Muazzah Aisyah Mubi, 7, pada pukul 7 pagi itu berlaku ketika ahli keluarga termasuk ibunya sedang bersiap untuk mendaftar keluar dan mencari tempat penginapan baharu.

Nor Azera Ismail, 36, dari Paser Puteh, Kelantan mendakwa, selepas mendaftar masuk inap desa itu semalam, dia mula risau apabila mendapati tingkap kediaman di tingkat 13 tersebut tidak dilengkapi jeriji.

“Saya berasa risau sebab anak perempuan (Nur Muazzah Aisyah) merupakan kanak-kanak autistik gemar bermain berdekatan tingkap.

“Dia (mangsa) sukar dikawal jadi saya terpaksa mengikat tangannya dan tangan saya menggunakan reben bunga telur bagi mengelak dia menghampiri tingkap,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Nor Azera berkata, ketika bersiap untuk mendaftar keluar inap desa tersebut, dia sekeluarga dikejutkan dengan ketukan pintu daripada beberapa penghuni pangsapuri yang memaklumkan jasad Nur Muazzah Aisyah ditemukan di tingkat enam.

Cerita wanita itu, berderaunya darahnya selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana dia menyangka anak istimewanya masih tidur.

Jenazah kanak-kanak itu akan dibawa pulang ke Kelantan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh selepas selesai proses bedah siasat pada pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN