fbpx
Mohamad Hasan pada sidang akhbar selepas Pelancaran Manifesto BN, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Manifesto BN tidak dapat input daripada PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan manifesto yang dibawa untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak mendapat input daripada Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, manifesto berkenaan adalah kesinambungan perancangan pembangunan gabungan tersebut yang sudah dimulakan sebelum ini.

Beliau berkata, ketika perancangan itu dibuat, PN masih belum wujud sebagai gabungan politik.

“Ini kesinambungan kerja kita. Masa itu PN belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran manifesto BN di sini malam ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa BN dan PN akan menggabungkan manifesto masing-masing pada PRN Negeri Sembilan.

Menurut Mohamad, manifesto BN adalah hasil perancangan parti itu dan tidak melibatkan sebarang input daripada PN. Turut hadir, Penngarah Pilihan Raya BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata BN dan PN akan menggunakan satu manifesto selepas kedua-dua gabungan tersebut bersetuju menggabungkan dokumen dasar masing-masing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN