fbpx
Gambar dikongsikan wanita berkenaan memaparkan tong sampah roro yang disewanya dipenuhi sampah orang lain, baru-baru ini.

‘Sewa kedai mampu, sewa tong sampah roro tak mampu?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Aku doa orang yang buang jamban dan sampah sampai penuh separuh tong sampah roro yang aku sewa ini, badan naik kudis.”

Demikian luahan kesal seorang wanita menerusi media sosial selepas mendakwa tong sampah roro yang disewanya di Setia Alam, dipenuhi sampah yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pihak berkenaan dipercayai menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian premis namun enggan menyewa tong sampah roro sendiri untuk melupuskan sisa buangan.

“Sewa kedai mampu, ubah suai kedai mampu, tapi sewa tong sampah roro tak mampu,” katanya yang menggunakan profil @Shasha_rohizad.

Wanita itu turut berharap individu terbabit tampil mengambil semula sampah berkenaan secepat mungkin kerana perbuatannya telah menyusahkan pihak lain.

“Harap kau nampak posting (hantaran) aku ini dan kau datang kutip hari ini,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata mengecam sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan.

“Memang sesetengah orang tak faham tong roro ni mmg sewa persendiran, bukan dari majlis yang boleh buang sesuka hati,” ujar @Mohdamirfarhan.

“Pernah kena juga, masa kami ubah suai kedai dulu sewa satu tong sampah roro. Esok pagi datang tengok terus penuh,” kongsi @autogarageconcepts.

“Saya memahami. Kita bayar tau sewa roro ni, tahu-tahu penuh dengan sampah yang bukan daripada kita,” komen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN