fbpx
Tangkap layar video banjir di Medan Selera 223, Petaling Jaya yang berlaku pada 18 Julai lalu.

[VIDEO] Peniaga Medan Selera 223 nafi abai amaran banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peniaga Medan Selera 223 di sini yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini tampil menjelaskan mengenai tindakan mereka yang masih kekal di premis walaupun siren amaran dibunyikan.

Menurut peniaga yang menggunakan akaun TikTok @dapurmamamar itu, siren tersebut sebenarnya berfungsi sebagai amaran awal apabila paras air mula meningkat bagi memberi masa kepada orang ramai bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan kebanyakan peniaga kekal di kedai bukan bermaksud mengabaikan amaran atau mengambil mudah risiko banjir, malah sebagai persediaan agar tidak mengalami kerugian besar.

“Apabila siren berbunyi, kami segera berkemas apa yang patut, menutup semua perkakas elektrik dan bekalan gas sebagai langkah keselamatan.

“Namun, tidak sampai 10 minit air naik dengan begitu cepat sehingga kami tidak sempat menyelamatkan diri dan mengalihkan lebih banyak barangan,” katanya.

Menurutnya, situasi itu bertambah cemas apabila tiada kelibat mana-mana agensi penyelamat di lokasi sepanjang kejadian tersebut sehingga air surut.

Jelasnya, keadaan tersebut menimbulkan rasa kecewa memandangkan bantuan kecemasan amat diperlukan ketika paras air meningkat dengan pantas.

“Lebih ralat, langsung tiada agensi penyelamat daripada mana-mana pihak hadir ke lokasi banjir sehingga banjir surut. Mujur tiada perkara buruk yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah,” katanya.

Perkongsian itu dibuat susulan pertanyaan daripada orang ramai mengenai tindakan sebahagian peniaga yang dilihat masih berada di Medan Selera 223 ketika siren amaran banjir dibunyikan sebelum kawasan tersebut dinaiki air pada 18 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

@dapurmamamar Salam.. memandangkan live saya masa banjir tempoh hari telah viral di serata page berita dan di akaun lain, terdapat pelbagai komen dari rakyat Malaysia 😓 Disini saya nyatakan sebab kenapa dan mengapa kami peniaga sini masih kekal di kedai walaupun siren banjir sudah berbunyi.. fungsi siren adalah untuk memberi amaran awal apabila paras air sudah meningkat supaya berjaga2 dan bersiap sedia.. Walaupun kami kekal di kedai bukan bermakna kami menidakkan segala kemungkinan.. kami berkemas apa yang patut, tutup segala perkakas elektrik dan gas.. tapi apakan daya tak sampai 10 minit, air terus naik tinggi dan kami tak dapat nak larikan diri 😓 Cuma di sini yang membuatkan keadaan ini lebih mencemaskan dan meralatkan apabila langsung tiada agensi penyelamat dari mana2 badan hadir ke lokasi banjir hingga banjir surut 😓 Mujur tiada perkara buruk yang tidak di ingini berlaku, Alhamdulillah 🤧 #banjir2026 #banjir223 #banjirpetalingjaya #selerajaya223 #medanselera223 ♬ original sound – Mar Dian Ty Nur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN