fbpx
MOHD. KAMARUL ARIFIN (tiga dari kiri) ketika melawat Kampung Budaya Terachi yang dahulunya seperti projek gajah putih tetapi kini menjadi ikon pelancongan di Kuala Pilah.

Penduduk mahu Kamarul Arifin teruskan kecemerlangan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Penduduk sekitar Terachi berharap calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti, Mohd. Kamarul Arifin Mohd. Wafa diberikan mandat sebagai wakil rakyat untuk meneruskan pembangunan dan kecemerlangan dilaksanakan PH.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Kuala Parit, Terachi, Md. Ali Mat, 72, berkata, pelbagai perubahan positif dapat dilihat di kawasan itu sejak PH mentadbir pada 2018.

Pesara kerajaan itu berkata, antara pencapaian yang paling membanggakan penduduk ialah usaha membaik pulih Kampung Budaya Terachi yang sebelum ini seperti projek ‘gajah putih’.

“Kawasan itu dibangunkan sekitar tahun 2000, namun kurang mendapat sambutan dan gagal dimanfaatkan sepenuhnya penduduk serta pengunjung.

“Asalnya terdapat bangunan dan kemudahan untuk dijadikan kedai makan tetapi tidak ramai yang berminat untuk mengusahakannya hingga kawasan itu menjadi sunyi.

“Selepas PH mengambil alih, usaha baik pulih telah dilakukan sekitar 2019 dan bangunan asal itu kembali dimanfaatkan,” katanya di sini kelmarin.

Katanya, kerja baik pulih tersebut telah mengubah wajah Kampung Budaya Terachi sehingga menjadi sebuah kawasan yang lebih menarik, ceria dan sesuai dijadikan lokasi pelancongan.

Sehubungan itu, dia berharap Mohd. Kamarul Arifin dapat meneruskan usaha pembangunan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN Seri Menanti.

“Pengalaman Mohd. Kamarul Arifin sebagai peguam dan aktivis masyarakat diyakini mampu membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat,” ujarnya.

Seorang peniaga kuih-muih, Jeriah Sa­ring, 51, berkata, perubahan dilaksanakan kerajaan negeri turut membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan perniagaan penduduk.

Jeriah yang telah berniaga kira-kira 10 tahun berkata, Terachi kini semakin dikenali selepas ba­nyak premis makanan tempatan dimasukkan dalam promosi dan produk pelancongan negeri.

“Kami harap kecemerla­ngan ini dapat diteruskan dan Kamarul Arifin mampu menjadi wakil rakyat yang sentiasa turun padang, mendengar isu serta memperjuangkan rakyat.

“Penduduk mahukan pemim­pin yang mudah ditemui, prihatin dan mampu meneruskan pembangunan yang telah dimulakan di Seri Menanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN