fbpx
GAMBAR fail 24 Julai 2023 menunjukkan kapal selam nuklear, USS Annapolis berlabuh di sebuah pangkalan tentera laut di Pulau Jeju, Korea Selatan. – KEMENTERIAN PERTAHANAN KOREA SELATAN/ AFP

Australia pam lagi RM13 bilion bina kapal selam nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Australia akan menyalurkan tambahan dana AS$3.2 bilion (RM13.1 bilion) untuk membina kapal selam berkuasa nuklear,  sebahagian daripada pakatan pertahanan kontroversi bersama Amerika Syarikat(AS)  dan Britain.

Di bawah pakatan pertahanan AUKUS 2021, Australia, akan menerima tiga kapal selam berkuasa nuklear daripada AS.

Australia dan Britain kemudiannya akan membina kapal selam kelas baharu dalam tahun 2040-an.

Namun, perjanjian itu diteliti semula berhubung kadar pengeluaran kapal selam yang perlahan di AS dan Britain akan menyebabkan Australia kekurangan kapal selam diperlukannya.

Menteri Pertahanan Richard Marles berkata,  pelaburan tambahan AS$3.2 bilion di limbungan kapal Osborne, Australia Selatan ‘menunjukkan bahawa AUKUS berada di landasan yang betul dan sedang berlaku sekarang’.

Pelaburan ini merupakan satu lagi langkah penting dalam membina keupayaan berdaulat yang diperlukan oleh Australia untuk membina, mengendali, menyelenggara, dan mengekalkan armada kapal selam masa depan kita,” katanya.

AUKUS dijangka menelan belanja Canberra sehingga AS$250 bilion (RM1.02 trilion) dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Di bawah perjanjian itu, Australia pada mulanya menjangkakan untuk menerima dua kapal selam terpakai dan satu kapal selam baharu, tetapi diumumkan Mei lalu bahawa kesemua tiga kapal selam tersebut merupakan stok terpakai milik Tentera Laut AS. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN