fbpx
Gambar lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual di dalam LRT tersebut semalam.

Saya kena ‘ganggu’, tapi semua penumpang buat diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna tren terutamanya wanita diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika di dalam kenderaan awam itu selepas seorang individu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, wanita dikenali sebagai Syaaznieali berkata, seorang lelaki cuba melakukan gangguan ‘badan’ ke atasnya.

Jelasnya kejadian itu berlaku ketika dia berada dalam tren berdekatan stesen Abdullah Hukum.

“Girls (wanita) yang naik LRT Laluan Kelana Jaya hati-hati kalau ternampak lelaki ni.

“Semalam kat Abdullah Hukum dia gesel (kemaluan) dia kat badan saya Lepas saya maki dia terus lari turun stesen KL Sentral,”kata wanita itu.

Lebih mengecewakan katanya, kebanyakan penumpang tidak mengendah perbuatan lelaki itu.

“Semua tengok je macam saya pulak merentan sorang-sorang kat situ. Saya kena raba kot, orang kat tepi diam buat keras je,”luahnya sedih.

Menerusi hantaran itu juga, dia turut berkongsi gambar dan klip video yang memaparkan muka lelaki terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi kisah sama menjadi mangsa gangguan seksual di dalam tren.

“Laluan Kelana Jaya bermasalah, baru minggu lepas buat laporan polis sebab kena gangguan seksual dengan lelaki durjana dalam tu (tren),” tulis Mariamonsteria.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zahirah_kamal.

“Saya pun baru kena semalam , tapi saya tak jerit atau buat pape, sebab blank (kosong) ye otak nak proses apa jadi, rasa tak selamat dah naik LRT.,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN