fbpx

Bintang Godzilla vs Kong, Kaylee Hottle maut nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON muda Hollywood, Kaylee Hottle yang dikenali menerusi filem Godzilla vs. Kong meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Maryland, Amerika Syarikat pukul 2.05 pagi waktu tempatan.

Berita pemergian pelakon pekak pada usia 18 tahun disahkan bapanya, Joshua Hottle menerusi satu rakaman video dalam bahasa isyarat Amerika (ASL) yang dimuat naik dalam Facebook.

“Saya menaiki satu penerbangan yang tidak pernah saya mahu naiki,” katanya sebelum berlepas dari Texas ke Maryland.

Menurut pihak berkuasa di Frederick County, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan itu dipercayai berpunca daripada faktor kelajuan melampau.

Pemandu berusia 19 tahun pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital, manakala seorang lagi penumpang cedera ringan.

Hottle mencipta nama menerusi watak Jia, seorang kanak-kanak yatim piatu yang mempunyai hubungan istimewa dengan Kong dalam filem Godzilla vs. Kong terbitan 2021.

Tiga tahun kemudian dia membawakan watak sama menerusi filem sekuel, Godzilla x Kong: The New Empire.

Lakonannya dalam filem tersebut turut melayakkan dirinya dicalonkan dalam Anugerah Saturn bagi kategori Pelakon Muda Terbaik.

Sementara itu, Sekolah Texas School for the Deaf yang pernah menjadi tempat Kaylee menimba ilmu turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas pelajarnya.

Wakil sekolah dalam hantaran di media sosial meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung nahas tersebut.

Penerbit filem Godzilla x Kong: The New Empire, Warner Bros. turut memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang menerusi muatnaik di Instagram dengan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat industri perfileman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN