fbpx
KEBAKARAN tersebut telah memusnahkan sekurang-kurangnya 11 kediaman. - AGENSI

11 kediaman hangus kerana Sarip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA — Tindakan nekad seorang lelaki membakar rumah ibu mertua kerana bergaduh dengan isterinya membawa padah apabila api merebak dan memusnahkan sekurang-kurangnya 11 kediaman lain di Kota Lubuklinggau, wilayah Sumatera Selatan, lapor laman berita TribunSumsel.

Dalam kejadian pada petang Jumaat lalu, suspek dikenali sebagai M Syarif Elvirian, atau Sarip membakar rumah mertua yang turut menjadi tempat tinggal dia dan isteri.

Ketua Ketenteraman Awam (RT 04), Ali Lukman berkata, insiden dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga pasangan tersebut yang berlarutan sejak beberapa hari sebelum kejadian.

“Beberapa saksi menyatakan rumah itu disyaki dibakar menggunakan petrol oleh Sarip. 

“Namun, punca sebenar kebakaran masih menunggu hasil siasatan polis,” katanya.

Api merebak dengan pantas di kawasan perumahan yang padat dan turut membakar rumah jiran-jiran.

Seramai 10 ketua keluarga hilang tempat tinggal dan kini menumpang sementara di rumah saudara-mara serta jiran berdekatan. 

Sementara itu, Polis Daerah  Lubuklinggau mengesahkan suspek ditangkap tidak lama selepas kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana sakit hati isterinya mahu  menuntut cerai. 

Tuntutan cerai itu dibuat berikutan  suspek  melakukan keganasan rumah tangga sehingga menyebabkannya isterinya dimasukkan ke hospital sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN