fbpx
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas melancarkan aplikasi Dana Plus Hijrah Selangor di Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI

Dataran Kemerdekaan jadi pentas perasmian Sukma Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, sah dipilih menjadi lokasi perasmian Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Para Malaysia (Para Sukma) Selangor pada bulan depan.

Majlis penutupan temasya dwitahunan itu pula dijadualkan berlangsung di Aneka Walk berdekatan Kompleks PKNS.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata, majlis mini perasmian pembukaan Sukma itu akan berlangsung secara sederhana dan bukannya besar-besaran.

Jelasnya, Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai lokasi selepas mengambil kira faktor kesesuaian saiz dan kapasitinya.

“Lokasi itu jauh daripada penempatan penduduk dan saiznya sesuai bagi pembukaan Sukma nanti,” katanya selepas melancarkan aplikasi Dana Plus Hijrah Selangor di sini, hari ini.

Tambah Amirudin, majlis pada 15 Ogos depan itu hanya perasmian bagi meraikan kontinjen-kontinjen negeri yang hadir selain turut diadakan upacara perarakan sebagai tradisi temasya sukan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN