fbpx
ROMERO dan Martinez telah membuktikan kemampuan mereka ketika memacu Argentina ke pentas final Piala Dunia sebelum ini. - AFP

EPL: Man. United perlu ambil peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United memiliki peluang cerah untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Argentina, Cristian Romero apabila Tottenham Hotspur dilapor terdesak untuk melepaskan khidmatnya.

Pemerhati bola sepak England, John Wenham menganggap United bakal membuat pembelian yang baik dengan mendapatkan Romero yang mampu membentuk gandingan bersama Lisandro Martinez.

Menurut Wenham, keserasian Romero dan Martinez ketika bersama skuad kebangsaan Argentina menjadi faktor utama yang boleh memberi kelebihan kepada United sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan.

“Saya fikir Manchester United pasti melihat bagaimana Romero dan Martinez beraksi dengan begitu baik bersama di benteng pertahanan Argentina.

“Memang sebelum ini ada khabar angin dari Argentina yang saya anggap sekadar permainan ejen, tetapi apabila difikirkan semula, Romero sebenarnya akan menjadi pembelian yang sangat baik buat United.

“Dia mampu membawa elemen kepimpinan kepada pasukan dan jika digandingkan dengan Martinez seperti bersama Argentina, ia pasti menjadi satu langkah yang sangat menarik,” katanya.

Tottenham pula dilaporkan bersedia melepaskan Romero dengan nilai sekitar £50 juta (RM274 juta), namun difahamkan kelab London itu sedia mempertimbangkan tawaran hampir £40 juta (RM219 juta) sekiranya pakej perpindahan memenuhi kehendak mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN