fbpx
Medan Selera 223 dilanda banjir sedalam kira-kira dua meter petang ini. Foto BOMBA

Banjir dua meter landa Medan Selera 223

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Medan Selera 223 di sini dilanda banjir sedalam kira-kira dua meter petang tadi susulan hujan lebat, namun tiada mangsa dilaporkan terperangkap atau dipindahkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kira-kira pukul 4.55 petang untuk menjalankan pemantauan dan penilaian keadaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati banjir melibatkan kawasan medan selera dengan kedalaman air kira-kira dua meter.

“Bagaimanapun, ketika anggota tiba, paras air didapati menunjukkan trend menurun dan tiada mangsa terlibat atau sebarang pemindahan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi melibatkan seramai 12 anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN