fbpx
Tangkap layar video tular tersebut memaparkan kelakuan kanak-kanak itu.

‘Budak ni kuis, selamba ambil duit tabung masjid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak Rohingya yang didakwa membuka tabung sebuah masjid sebelum mengambil wang di dalamnya mengundang perhatian ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video tular dimuat naik @Carlsyahfiqq, kejadian dipercayai berlaku di Masjid Selesa Jaya, Skudai, Johor ketika solat Jumaat, semalam.

Kelihatan dalam video berdurasi lebih 30 saat itu, kanak-kanak berpakaian baju Melayu biru dilihat berdiri di hadapan tabung berkenaan sebelum memasukkan tangannya melalui bahagian bukaan.

Kanak-kanak itu kemudiannya secara terang-terangan mengambil wang dari tabung tersebut dan memasukkannya ke dalam poket.

Pemilik video berkata, dia kemudian mendekati dan menegur kanak-kanak berkenaan sebelum mengarahkannya supaya memasukkan semula wang yang diambil ke dalam tabung masjid.

“Dah tegur dan buat laporan kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid. AJK masjid juga sudah menegur semula,” katanya menerusi ruangan komen.

Dalam rakaman sama, pemilik video turut dilihat menegur seorang individu dewasa yang didakwa berbangsa Rohingya kerana tidak menghalang perbuatan kanak-kanak tersebut walaupun dipercayai menyedari apa yang berlaku.

Dia mempersoalkan mengapa individu itu tidak menegur kanak-kanak berkenaan sekiranya sudah melihatnya cuba mengambil wang daripada tabung tersebut.

Perkongsian berkenaan meraih lebih 15,100 tanda suka selain menerima ribuan komen dan perkongsian semula daripada pengguna media sosial.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindakan tersebut selain menasihatkan agar orang ramai peka dengan keadaan sekeliling.

“Syukur rakyat Malaysia lebih ramai yang tegas dan berani tegur depan-depan. Tak kisah bangsa apa kalau buat salah kena tegur,” komen @Nurina.

“Kalau anak aku ni dah kena piat dah. Budaya mencuri ni biasanya dia dah biasa tengok dari rumah,” komen @Ehsan pula.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN