fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Suzyana_suhaimi di Threads.

Beg atuk dicuri, cucu hulur telefon, wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni seorang kanak-kanak lelaki yang sanggup menyerahkan telefon bimbit serta wang simpanan kepada datuknya selepas warga emas itu menjadi mangsa kecurian mendapat pujian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Suzyana_suhaimi, dia menceritakan tindakan anak sulungnya yang sangat prihatin dan ambil berat terhadap datuknya yang telah kehilangan beg dan dua buah telefon bimbit akibat dicuri.

“Hari ini beg ayah kena curi. Dompet, telefon bimbit dua biji lesap. Memang susah nak hubungi dan esok pula ayah banyak urusan, payah nak WhatsApp ayah.

“Ayah reda sahaja benda dah jadi. Tapi nak dijadikan cerita, anak sulung ku dengan spontan cakap dia nak bagi telefonnya dekat wan guna dulu,” katanya pada hantaran tersebut.

Lebih menghibakan, kanak-kanak itu turut menawarkan wang tabungannya bagi meringankan beban datuknya tanpa diminta atau disuruh oleh sesiapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji cara didikan keluarga kanak-kanak berkenaan kerana melahirkan seorang anak yang cukup bertimbang rasa, pemurah, dan matang berbanding usianya.

“Anak sulung memang macam ini, kita tak boleh tengok keluarga susah. Sanggup memberi, walaupun duit tinggal RM10, RM10 itulah yang akan dihulurkan,” ujar Justsomebitcx_.

“Awak berjaya didik anak awak jadi lelaki yang hebat. Semoga dia membesar jadi anak yang baik,” kata Nr.leaa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN