fbpx
Gambar hiasan.

Pantau tapak komunikasi 24 jam sehari atasi gangguan perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua tapak komunikasi dipantau berterusan oleh pemberi perkhidmatan melalui Pusat Pemantauan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang beroperasi 24 jam sehari.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata, ia membolehkan sebarang gangguan perkhidmatan komunikasi dikesan dan ditangani dengan segera.

Menurut beliau, MCMC dan pemberi perkhidmatan terus memperkukuh infrastruktur komunikasi melalui pelaksanaan jaringan lewah bagi tujuan tersebut.

“Ia meliputi penyediaan laluan penghantaran alternatif bagi mengurangkan risiko serta menaik taraf kemudahan sokongan seperti sistem jana kuasa sandaran.

“Bagi meningkatkan keselamatan menara-menara di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara pula, pemberi perkhidmatan telah memperkasa tapak-tapak menara komunikasi berisiko dengan pemasangan kelengkapan anti-kecurian dan vandalisme,” katanya katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Anyi Ngau (GPS-Baram) yang meminta penjelasan tentang pelan tuntas MCMC untuk mengatasi masalah kegagalan talian teras supaya rakyat tidak sering mengalami situasi isyarat telefon penuh, tetapi internet tidak boleh digunakan.

Selain faktor rangkaian, tambah Nie Ching, pengalaman pengguna turut dipengaruhi oleh keadaan peranti, tetapan telefon, jenis pelan langganan serta baki kuota data yang tersedia.

“Antara lain ialah kesesakan kapasiti rangkaian berikutan penggunaan data yang tinggi, gangguan atau kerosakan pada talian penghantaran serta insiden pemotongan kabel gentian optik, vandalisme, kecurian, bencana alam, ancaman binatang liar dan kerja-kerja pembinaan.

“Selain faktor rangkaian, pengalaman pengguna turut dipengaruhi oleh keadaan peranti, tetapan telefon, jenis pelan langganan serta baki kuota data yang tersedia,” ujarnya.

Susulan itu jelas beliau, MCMC bersama pemberi perkhidmatan turut meningkatkan kapasiti rangkaian di kawasan yang mengalami penggunaan data yang tinggi.

“Usaha ini termasuklah dengan menaik taraf rangkaian penghantaran menggunakan gentian optik berkapasiti tinggi, serta memperluas liputan komunikasi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN