fbpx
Seorang lelaki yang dilaporkan terkandas di Pulau Perjudi, di sini, susulan mengalami kerosakan bot berjaya diselamatkan pasukan bomba, pagi tadi. -IHSAN BOMBA

Pemancing selamat terkandas di Pulau Perjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang terkandas di Pulau Perjudi, di sini selepas bot dinaikinya rosak berjaya diselamatkan sepasukan bomba pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Pegawai Bomba Kanan II, Mazlan Hamid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 4.14 pagi daripada Maritim Malaysia Johor berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa berusia 52 tahun terkandas di sebuah pulau Perjudi akibat kerosakan bot sejak petang. Kita berjaya menghubunginya pada pukul 5.09 pagi.

“Bagaimanapun, operasi tertangguh kerana laut bergelora sebelum diteruskan semula pada pukul 5.30 pagi. Mangsa berjaya diselamatkan 45 minit kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN