PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Istana Negara.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap selama kira-kira 30 minit itu menyaksikan Abdul Halim mempersembahkan perkembangan terkini berkaitan SPRM kepada Seri Paduka Baginda.
“Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum tentang perkembangan terkini berkaitan SPRM,” ujarnya.
Terdahulu, Datuk Seri Abdul Halim memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei 2026 menggantikan Tan Sri Azam Baki selepas tamat tempoh perkhidmatannya. – KOSMO! ONLINE















