fbpx
SEBUAH restoran 24 jam menghentikan operasi selepas empat pekerjanya termasuk penebar roti canai dicekup JIM Melaka, hari ini.

[VIDEO] Restoran diarah tutup, penebar roti kena ‘angkut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sebuah restoran 24 jam di Kelemak di sini terpaksa menghentikan operasi serta-merta selepas empat pekerja warga asing termasuk penebar roti canai ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen (JIM) hari ini.

Dalam operasi bermula pukul 10 pagi itu, dua lagi lelaki warga Myanmar melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sebelum diberkas setelah dikejar kira-kira dua kilometer dari lokasi serbuan.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzi berkata, operasi bersepadu itu dijalankan hasil risikan di beberapa premis yang disyaki menggaji dan dikendalikan warga asing.

Hasil pemeriksaan, seramai 40 warga asing berusia 20 hingga 40 tahun ditahan membabitkan 32 lelaki, enam wanita serta dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan setahun.

“Mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tiada dokumen perjalanan yang sah, salah guna pas dan tinggal lebih masa.

“Empat daripada mereka adalah warga India yang bekerja di sebuah restoran mamak termasuk seorang penebar roti canai,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, terdapat beberapa warga asing nekad lari termasuk melintas di jalan utama di kawasan perindustrian sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Selain itu, dua warga Myanmar yang disyaki menyalahgunakan pas turut lari ke kawasan hutan, namun berjaya ditahan selepas dikejar kira-kira dua kilometer,” katanya.

Tambahnya, pemeriksaan turut mendapati restoran itu dipercayai menjalankan aktiviti tambah nilai perjudian dalam talian di satu ruang khas di premis berkenaan.

Anirwan berkata, pihaknya turut mengeluarkan 29 saman saksi kepada tiga warga tempatan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN