fbpx
WAN KUZAIN

Wan Kuzain sertai Negeri Sembilan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemain kelab Amerika Syarikat, Sporting JAX, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal dikhabarkan bakal melebarkan sayap kariernya di Malaysia apabila dikaitkan dengan Negeri Sembilan untuk harungi saingan di Liga Super musim depan.

Menguatkan lagi spekulasi ini apabila Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan, Faliq Firdaus sendiri turut memuat naik gambarnya bersama Wan Kuzain.

“Senang lihat galeri pada 2017,” tulis Faliq menerusi perkongsian di IG Story miliknya.

Ketika ini, Wan Kuzain sudah pun sah akan kembali ke Malaysia selepas namanya tersenarai dalam 26 pemain Harimau Malaya yang akan memulakan latihan pusat Harimau Malaya, Rabu ini.

Wan Kuzain yang sebelum ini pernah dipanggil untuk menyertai skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara pada 2019 akui gembira apabila mendapat kepercayaan oleh pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

“Sangat teruja,” kata Wan Kuzain secara ringkas menerusi laman media sosial X miliknya.

Wan Kuzain antara 26 pemain yang dipanggil menyertai kem kebangsaan bagi persediaan menghadapi Piala Hyundai ASEAN 2026.

Seperti dijangka, faktor pertandingan di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan pemain berstatus bintang seperti Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Dion Cools tidak berada dalam senarai kali ini.

Dua lagi pemain beraksi di luar negara turut dipanggil adalah Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini bersama kelab Jepun, Vencendor Mie United dan Richard Chin (Ross County FC). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN