PETALING JAYA – Burger King Malaysia hari ini melancarkan kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera yang menawarkan barangan koleksi kamera mini edisi terhad hasil kolaborasi bersama Coca-Cola.
Ia boleh dimiliki menerusi pembelian Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe dengan empat ketul Nuggets pada harga RM25.95, atau Set Hidangan Medium Ayam Goreng dua ketul dengan Nachos Cheese Dunk pada harga RM27.40 (termasuk SST 6%).
Pembelian mana-mana set terpilih ini melayakkan pelanggan mendapatkan KingCam Mini Camera pada harga istimewa RM59.90, bersama kad SD 1 GB (nilai runcit: RM99).
Ketua Pemasaran, Burger King Malaysia, Leong Huey Ying berkata, berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.
“Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, kami ingin meraikan momen-momen kecil yang menjadikan setiap pertemuan lebih bermakna.
“KingCam dicipta untuk mengabadikan detik-detik ini, memberi pelanggan kami cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam kenangan sebelum ia berlalu,” katanya
KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King Malaysia yang terpilih di seluruh negara hari ini, selagi stok masih ada. – KOSMO! ONLINE















