fbpx
Laluan motosikal di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan sedang dinaik taraf menggunakan dana sebanyak RM20 juta. – gambar hiasan

Luahan pembaca: Laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan ada perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai penunggang motosikal yang menggunakan laluan sikal di Lebuh Raya Persekutuan, saya cukup berpuas hati apabila ada tiga atau empat terowong di kawasan Petaling Jaya sudah mula bercahaya.

Lampu limpah yang dahulunya tidak berfungsi kini sudah dialirkan elektrik padanya bagi mencerahkan laluan yang dahulunya gelap dan membahayakan pengguna.

Di beberapa bahagian jalan, kontraktor sudah menampal dan membaiki jalan yang berlubang dan beralun.

Namun, ada juga satu terowong (berdekatan Pusat Beli Belah Mid Valley) yang masih bergelap dan laluannya yang berlubang dan tidak rata belum ditampal lagi.

Saya berharap kerja-kerja penambahbaikan yang dilakukan dan menelan belanja RM20 juta meliputi jajaran sepanjang 48 kilometer (km) bagi kedua-dua arah di daerah Petaling dan Klang itu bertahan setaraf dengan modal yang dilaburkan.

Jangan buat kerja ibarat melepaskan batuk di tangga yang mana ia bertahan satu atau dua bulan sahaja sebelum ia kembali rosak.

Penunggang berhemah,
Lembah Pantai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN