fbpx
Tangkap layar seorang ibu yang tidak sangka mempunyai bakat bermain gasing atau beyblade di sebuah pertandingan berlangsung di Singapura.

Sertai saja-saja, ‘akak Beyblade’ tak sengaja menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekadar mencuba nasib dalam pertandingan Beyblade, seorang ibu dikenali sebagai Ifah tidak menyangka berjaya muncul sebagai pemenang pertandingan itu di Singapura.

Difahamkan, Ifah menyertai pertandingan Beyblade G1 Qualifier Tournament itu sekadar mencuba nasib, namun berjaya menewaskan lawan yang lebih muda dengan keputusan 4-0 pada perlawanan akhir.

Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @shahdaniel di Threads, dia berkongsi detik kemenangan wanita itu yang tidak disangka-sangka selepas hanya hadir untuk menemani suaminya.

“Ada akak ni menang Beyblade G1 Qualifier Tournament dekat Singapura,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memuji kehebatan Ifah selain menganggap kejayaannya sebagai sesuatu yang membanggakan.

“Kakak tu sebenarnya datang untuk teman suami dia je. Tapi dia yang menang,” komen Fatinah Adnan.

“Akak? Saya ni susah bangun pagi masakkan nasi anak untuk ke pengasuh. Bergegas nak pergi kerja. Akak ‘berbeyblade’ pula,” tulis Eryn Azmi.

“Aku suka akak macam ini. Rileks, ‘slay’ je dia. Pakaian tak keterlaluan, tutup aurat tapi santai. Tahniah kak! Hidup akak Beyblade!” komen Leeya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN