fbpx
BAPA pelajar tampil membuat laporan polis di IPD Alor Gajah, petang semalam. - Foto oleh AMRAN ALI/ KOSMO!

Bapa pelajar kejar rakan guna pisau lapor polis dakwa anak dibuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Bapa kepada pelajar lelaki tingkatan satu yang mengejar tiga rakan anaknya dengan sebilah pisau pemotong kertas di sebuah sekolah menengah di Durian Tunggal, di sini tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, laporan dibuat oleh lelaki berusia 45 tahun itu pada pukul 6.24 petang semalam susulan mendakwa anaknya yang berusia 13 tahun menjadi mangsa buli.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan bagi menentukan sama ada benar berlaku unsur buli seperti didakwa.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini menerima dua laporan iaitu daripada guru kaunseling dan bapa pelajar berkenaan.

Beliau memaklumkan semakan awal mendapati sekolah berkenaan tidak mempunyai rekod kes buli atau masalah disiplin yang serius sebelum ini, manakala insiden tersebut merupakan kejadian pertama direkodkan.

Semalam, Kosmo! melaporkan tiga pelajar didakwa berdepan detik cemas apabila dikejar seorang rakan bersenjatakan pisau pemotong daging di sebuah sekolah menengah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN