KAJANG – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan kehilangan Fatimah Abdullah, 17, diterima pada pukul 12.21 tengah malam semalam.
“Remaja itu dipercayai hilang kira-kira pukul 3.30 pagi pada 8 Julai lalu. Fatimah berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat 54 kilogram, berbadan berisi, berambut lurus dan berkulit putih dan lokasi terakhir orang hilang dipercayai berada di Apartment Teratai, Taman Sutera, Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Faisal Hakim Tanzali di 011-3333 7701.- KOSMO! ONLINE















