fbpx
Anwar (tengah) ketika merasmikan Majlis Perasmian Bulan Keselamatan Negara 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Tiada lagi kerja secara silo, keselamatan negara perlu sinergi semua pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pendekatan menyeluruh seluruh negara perlu dijadikan teras dalam menghadapi cabaran keselamatan baharu yang semakin kompleks susulan perkembangan pesat teknologi digital, kecerdasan buatan dan ancaman siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan keselamatan negara tidak lagi boleh dilaksanakan secara berasingan mengikut kementerian atau agensi seperti sebelum ini.

Sebaliknya, katanya, ia memerlukan kerjasama menyeluruh melibatkan kerajaan, sektor swasta dan rakyat.

“Negara kini berdepan situasi yang disifatkan sebagai ‘ ‘post-normal’ (pasca normal) apabila perubahan berlaku terlalu pantas, meluas dan sukar dijangka.

“Saya harap bukan saja Majlis Keselamatan Negara dan kementerian yang terlibat, tetapi semua jabatan dan kementerian harus tahu bahawa kita menghadapi keadaan yang bukan normal.

“Dalam hal ini, pendekatan seluruh negara itu penting. Tidak ada lagi ‘compartmentalisation’ (pemisahan fungsi). Ini isu swasta, ini isu jabatan, ini isu kementerian. Kita perlu gabungkan sinergi supaya ada pendekatan bersama antara jabatan dan kementerian,” katanya ketika berucap pada Majlis Bulan Keselamatan Negara 2026, di sini hari ini.

Katanya, budaya kerja yang selama ini memisahkan tanggungjawab mengikut bidang kuasa kementerian dan agensi perlu diubah kerana cabaran semasa memerlukan tindakan rentas sektor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN