fbpx
Rosli (kiri) menerima kunjungan ahli-ahli kariah Surau Flat Batas Baru, Kuala Terengganu kelmarin.

Minum guna tiub ikhtiar bertahan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang penggali kubur yang menghidap kanser mulut sejak tiga ta­hun lalu semakin menderita apabila penyakit itu menjadi kronik sejak dua minggu lalu sehingga dia kini tidak mampu menja­mah makanan.

Rosli Abdullah, 52, berkata, ­penyakit kanser itu menyebabkan pipi kanannya membengkak dan keadaan ini menyukarkan mulutnya dibuka untuk makan dan minum.

“Saya hanya boleh minum menggunakan tiub yang dima­sukkan ke dalam mulut sejak dua minggu lalu. Itu sahaja ikhtiar untuk bertahan hidup.

“Sebenarnya saya telah dua kali menjalani pembedahan sejak disahkan menghidap kanser mulut sejak tiga tahun lalu.

“Penyakit ini kembali ‘me­nyerang’ baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Surau Flat Batas Baru di sini semalam.

Rosli berkata, dia yang menjalani rawatan di Hospital Sulta­nah Nur Zahirah (HSNZ), di sini telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan bagi menjalani pembedahan susulan tidak lama lagi.

Begitupun, dia yang menya­ra hidup sebagai penggali ku­bur tidak berkemampuan un­­tuk membiayai kos pembeda­han pada kali ini berjumlah RM50,000.

“Saya juga menumpang teduh di Surau Flat Batas Baru sejak 30 tahun lalu. Dahulu semasa sihat, saya bertugas menjaga kebersihan surau ini.

“Kini kesihatan saya makin merosot menyebabkan makan, minum dan keperluan harian pun atas ihsan pengurusan surau,” katanya.

Rosli berkata, dia makin terharu dengan keprihatinan pihak pengurusan surau yang membuka tabung sumbangan bagi membiayai kos pembedahannya.

Begitupun katanya, setakat ini, kutipan sumbangan tersebut masih belum mencukupi untuk kos pembedahan tersebut.

“Saya merayu sumbangan orang ramai agar dapat menjalani rawatan secepat mungkin supaya agar cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Orang ramai yang bersimpa­ti boleh menghulurkan ban­tu­an menerusi akaun bank Rosli ber­nombor 1110141100035581 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi pengurusan Su­rau Flat Batas Baru di talian 014-3695714.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN