fbpx
HASSAN berjaya mempamerkan prestasi membanggakan menyebabkan EFA mengekalkan khidmatnya sebagai pengendali Mesir. - AFP

Piala Dunia 2026: Mesir terus kekalkan Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) memilih untuk ‘setia’ dengan Hossam Hassan selepas menawarkan kontrak baharu selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan susulan pencapaian terbaik negara itu dalam sejarah penyertaan di Piala Dunia.

Keputusan tersebut dibuat oleh pengurusan The Pharaoh selepas melihat pasukan tersingkir dengan penuh bermaruah kepada juara dunia, Argentina, apabila tewas 2-3 di pusingan 16 terbaik, kelmarin.

Susulan itu, pihak EFA setuju meluluskan lanjutan kontrak Hossam bersama adiknya, Ibrahim Hassan yang berperanan sebagai pengarah pasukan kebangsaan.

Dalam satu kenyataan rasmi, EFA memaklumkan hanya beberapa urusan pentadbiran masih perlu diselesaikan pada mesyuarat lembaga pengarah akan datang sebelum terma mengenai kontrak baharu dimuktamadkan.

Menurut kenyataan ringkas itu, keputusan telah dibuat sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan Hassan yang berjaya meningkatkan prestasi skuad kebangsaan sejak mengambil alih pasukan pada awal 2024.

Sepanjang mengendalikan Mesir, jurulatih berusia 59 tahun itu telah memimpin pasukan dalam 35 perlawanan, termasuk membawa mereka layak ke Piala Dunia 2026 selain mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025.

Berdasarkan laporan media tempatan, kontrak baharu itu dijangka berkuat kuasa sehingga 2030, sekali gus memberi ruang kepada Hassan meneruskan projek pembangunan jangka panjang bersama skuad kebangsaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN