fbpx
ALZAFNY menunjukkan antara dadah dan pelbagai bahan narkotik dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di Seremban hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Dadah RM2.08 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dadah dan pelbagai bahan berkaitan narkotik bernilai RM2.08 juta membabitkan 2,184 kertas siasatan yang selesai dibicarakan di mahkamah dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata semua barang kes itu dihantar ke Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson untuk dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, pelupusan itu membabitkan barang kes dari lapan daerah iaitu Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu yang dirampas hasil operasi serta serbuan polis dari tahun 2001 hingga 2026.

“Kesemua eksibit yang dilupuskan sudah selesai melalui proses perundangan dan mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan.

“Antara yang dilupuskan ialah 13, 280.07 gram (g) syabu; (7795.57 g) heroin; (4890.52 g) ganja; (2120.16 g) ketamin; 656.40 kilogram (kg) daun ketum; 75.56 liter cecair vape mengandungi ketamin serta pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang media pada Program Pelupusan Barang Kes Dadah oleh JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Mengulas prestasi JSJN Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, Alzafny berkata, seramai 3,642 individu berusia dari 13 hingga 67 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN