fbpx
Gambar hiasan.

DKU Negeri Sembilan dapat kebenaran mulakan prosiding komital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin dan DKU memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memulakan prosiding komital penghinaan mahkamah terhadap enam plaintif atas dakwaan melanggar perintah injunksi ad interim dalam pertikaian melibatkan DKU Negeri Sembilan.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas prosiding pendengaran yang dijalankan secara penstriman langsung pada 7 dan 8 Julai 2026.

Prosiding itu dijalankan berikutan berlakunya pelanggaran perintah injuksi ad interim yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa Raja Norazli selaku defendan pertama dan DKU selaku defendan kedua berjaya mewujudkan kes prima facie bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap semua plaintif yang terlibat.

Enam plaitif itu ialah Datuk Mubarak Dohak, Datuk Maarof Mat Rashid, Datuk Muhammed Abdullah, Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Syed Razman serta Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Melalui perintah tersebut, plaintif dilarang mengadakan, memanggil, meneruskan atau menghadiri mana-mana mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang diumumkan pada 5 Jun 2026, selain dihalang daripada menggantung, menyingkir atau mengganggu Setiausaha DKU daripada menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN